Keratan di atas diambil dari sebuah akhbar tempatan dan dipaparkan di sini untuk renungan insan-insan yang bergelar lelaki.
Gadis itu merayu “Nak balik…nak balik..” tapi tak dipedulikan oleh lelaki-lelaki itu. Gadis merayu lagi “Tak nak…tak nak…” tetapi lelaki-lelaki itu terus rakus meraba tubuh gadis itu dan merakamnya dengan telefon bimbit.
Apakah perasaan anda ? Jawablah dengan ikhlas.
Kemudian, barang sesiapa yang merasa seronok dan ketawa melihat gambar gadis itu dicabul dan dirogol , maka mereka adalah adik-beradik SYAITAN yang sepatutnya tinggal di neraka dan bukannya di muka bumi ini.
Semuanya bergantung kepada apakah persepsi atau tanggapan pertama lelaki seseorang lelaki terhadap perempuan tersebut. Samaada sebagai perempuan yang mempunyai maruah dan perasaan atau ‘barang mainan’ nafsu yang boleh diambil dan diperlakukan sesuka hati.
- Bila ternampak perempuan cantik berselisih di hadapannya, dia sanggup memusingkan kepala tengkoknya 360 darjah demi melihat kecantikan perempuan itu sehingga puas. (Lelaki baik pandang sekali sahaja, takkan toleh-toleh)
- Bila ternampak perempuan cantik di hadapannya, dia sanggup merenung wajah perempuan itu dengan begitu lama sehingga nafsunya puas. (Lelaki baik pandang perempuan sepintas lalu sahaja)
- Bila ternampak perempuan cantik, dia akan bersiul “Pwiiit” dengan kuat. (Lelaki baik hanya akan diam sahaja)
- Bila berselisih dengan perempuan cantik, dia berani memuji kecantikan perempuan itu secara direct. (Lelaki baik hanya akan memuji di dalam hati)
- Bila ternampak perempuan cantik, dia akan beriuh-rendah bersama rakan-rakannya dan kemudian berbual-bual kotor serta berlawak lucah mengenai perempuan itu.
- Bila ternampak perempuan cantik, dia akan mengajak rakan-rakannya sama-sama mengurat dan bermanja-manja dengan perempuan itu.
- Bila ternampak perempuan cantik yang belum tentu dikenali , tanpa segan silu,tanpa memikirkan perasaan malu perempuan itu, dia mempelawa perempuan itu menaiki motor atau keretanya.
- Bila ternampak perempuan cantik, dia pandang perempuan itu dari hujung rambut ke hujung kaki dengan ekor mata yang tajam ‘pandangan yang mengancam’
- Bila ternampak perempuan cantik, dia masih berani mengurat walapun perempuan itu ternyata awek atau isteri orang.
Lelaki-lelaki yang mempunyai satu atau lebih symptom di atas menunjukkan bahawa mereka berkemungkinan besar adalah lelaki-lelaki yang ‘sakit jiwa’ dalam erti kata ‘kaki perempuan’. Mereka adalah jenis lelaki yang tidak pernah puas dengan kecantikan perempuan dan jika boleh mahu memiliki semua perempuan cantik di dunia. Lelaki-lelaki yang memiliki ciri-ciri sedemikianlah yang berkemungkinan besar tidak menghormati seseorang perempuan sehingga ke tahap sanggup mencabul, merogol dan mencemarkan maruah perempuan itu.Tidak percaya ?
Ini bukannya tuduhan melulu, tetapi analysis tingkahlaku.
Kebanyakan pencabul dan perogol secara asasnya mempunyai sikap sedemikian terhadap perempuan.
Malangnya, masih ada segelintir perempuan yang mudah terpedaya dengan lelaki-lelaki sedemikian.Kasihan.
Berhati-hatilah memilih kawan lelaki. Berhati-hatilah ketika berkenalan dengan seseorang lelaki. Berhati-hatilah dengan pelawaan dan kata-kata pujian dan pujuk rayu dari seseorang lelaki yang anda ragui.
Lelaki-lelaki yang benar-benar ingin melindungi,menyayangi dan bertanggungjawab terhadap seseorang perempuan tidak akan pernah terburu-buru untuk mendapatkan diri perempuan tersebut, dia sanggup menunggu biar 10 tahun sekalipun. Dia tidak akan terburu-buru untuk dilayan. Maka, dia akan berkawan dengan baik , ikhlas dan jujur terlebih dahulu sebelum perempuan itu membukakan pintu hatinya. Dia tidak akan sesekali memaksa dan mendesak Dia tidak akan sesekali meminta lebih dari apa yang sudi diberikan oleh perempuan itu. Dia akan menghormati setiap keputusan, perasaan dan pantang-larang dari perempuan itu. Jika perempuan itu berkata ‘tidak’, maka ‘tidak’ lah jawapannya. Dia tidak akan taksub terhadap perempuan itu jika perempuan itu telah telah menolak cintanya.
Oleh itu, lelaki-lelaki yang terlalu cepat dan terburu-buru menjuruskan dirinya ke arah kemesraan, intimasi atau ‘niat seksual’ ketika ingin menghampiri seseorang perempuan adalah ‘lelaki yang buruk perangai’.