Seorang tokoh pemimpin pernah berkata:
“..membangunkan sebuah negara lebih senang daripada mengubah sikap masyarakatt”
Bermacam-macam program kesedaran dilaksanakan.Beratus-ratus kempen dilancarkan.Beribu-ribu mesej disampaikan.Bertalu-talu nasihat didengarkan. Sebutkan sahaja; kem motivasi,sesi kaunseling,ceramah, khutbah,semuanya telah dilakukan bagi membangkitkan kesedaran moral golongan-golongan ini. Tetapi golongan-golongan ini masih tidak berubah,masih berperangai sebegitu, terus-menerus bangga melakukan kerosakan dan menyusahkan kehidupan orang lain. Persoalannya, mereka tidak ‘dengar’nasihat atau sebenarnya “tidak mahu dengar” nasihat ?
Kenapa manusia-manusia di dalam golongan ini sukar untuk mengubah sifat-sifat keji dan perangai-perangai buruk di dalam diri mereka ? Kerana…mereka suka dan selalu mencipta dan melontarkan alasan demi alasan setelah setiap kali isu kebenaran dan kebaikan dihidangkan di hadapan mereka.
Antara reaksi-reaksi dan alasan-alasan popular yang keluar dari mulut mereka adalah:
- “Eleh…”
- “Huhh..”
- “Huhh…macamlah dia bagus sangat !”
- “Eleh…nasihatkan orang konon…dia pun sama jugak..paku dulang paku serpih !”
- “Woi…boleh blah la woi…macam bagus!”
- “Apa nasihat-nasihatkan orang ? Suka hati akulah nak buat apa !”
- “Nak nasihatkan anak orang pulak…jaga anak sendiri sudahlah..”
- “Bodoh…bahalol punya orang…pergi mampos la..” *
- “Apa ? Kau tak puas hati ke ? Kalau berani jom la fight…kalau kau anak jantan !”
- “Pengecut…kalau berani datangla sini…tengok siapa pecah kepala !” *
Note: Kebenaran adalah tetap kebenaran tidak kira siapa pun yang mengatakannya.Terimalah sahaja hakikat kebenaran tanpa