Sunday

Wahai Si Mata Keranjang

Puisi Si Mata Keranjang

“Hai…Pwiit…”
“Seorang je ? Buat apa tu ?”
“Boleh berkenalan ?”
“Adik ni lawa la…"
Slogan lapuk...
Perempuan cantik tunggu bas…Hai,
Perempuan cantik tunggu teksi…Pwiit,
Perempuan cantik lalu sebelah…Hai,
Perempuan cantik lalu depan…Pwiit,
Siapa-siapa kau Pwiit,
Bila-bila pun kau Pwiit,
Sudah Hai…nak Pwiit lagi,
Mana-mana pun kau Pwiit,
Pantang nampak perempuan lawa,
Semuanya kau Hai,
Pwiit sesuka hati,
Setiap hari berpuluh-puluh perempuan cantik kau Pwiit,
Tak pernah puas hati nak Pwiit,
Asalkan nampak yang lawa,yang cantik nak Pwiit,
Tak peduli awek orang ke, tunang orang pun nak Pwiit,
Si bini jalan dengan laki pun kau Pwiit,
Kau kata “relax la..biasalah tu lelaki Pwiit..”
Kononnya menegur…silaturahim kata kau,
Semua orang tahu yang kau sengaja nak main-main,
Nak menganggu…
Nampak sangat yang kau ni mata keranjang,
Mana-mana perempuan cantik kau Pwiit,
Semuanya kau nak…tamak,
Masalahnya, tak semua lelaki suka Pwiit macam kau,
Lebih-lebih lagi Pwiit sesuka hati,
Tak semua lelaki sanggup mainkan perasaan perempuan,
Sudah habis madu,sepah dibuang,
Sudah bosan,cari lain,
Sudah ada kekasih..mahu mengurat lagi,
Sudah ada bini cantik pun tak cukup lagi,
Tidak setia,
Curang,
Kurang ajar,
Degil,
Nafsu..
Nafsu mana pernah puas ?

Note: Bagus ke perangai macam ini ?

Wednesday

Ramainya Yang Rosak ..Kenapa ?



  1. Lebih 80% penghuni penjara di Malaysia adalah Lelaki
  2. Lebih 80% penagih dadah di Malaysia adalah Lelaki
  3. Lebih 80% kesalahan disiplin teruk sekolah menengah dipelopori pelajar Lelaki
  4. Lebih 90% pesalah jenayah-jenayah berat (rogol,bunuh,samun) adalah Lelaki
  5. Lebih 90% aktiviti samseng, pergaduhan dan huru-hara dipelopori Lelaki.
  6. Lebih 90% gejala lumba haram atau rempit dipelopori Lelaki
  7. Kes-kes jenayah juvana remaja Lelaki semakin meningkat.
  8. Lelaki lebih cenderung menggunakan agresif fizikal dan kekasaran apabila berhadapan dengan situasi serta masalah berbanding Perempuan.
  9. Lebih lebih cenderung bersikap egoistic (ingin menguasai) dalam banyak situasi yang memerlukan rundingan berbanding Perempuan
  10. Lelaki lebih berkecenderungan tinggi menggunakan kekuasaan (power) di dalam perebutan sumber atau benda yang terhad (harta,perempuan,taklukan) berbanding Perempuan.
  11. Terdapat golongan Lelaki yang berjaya ke menara gading tetapi perangai mereka sama sahaja tidak beradab seperti rakan-rakan sebaya mereka yang buruk tingkahlaku di luar sana.
Mana perginya lelaki-lelaki baik ? Tak nak jadi baik ? Kenapa bangga diri buat jahat ?

Sunday

Sahabatku Taksub Pada Perempuan

Kehadapan sahabatku Leman Macho,

Begitu ramai perempuan di sana,
Ramai lagi yang bujang tiada berpunya,
Kenapa kepunyaan orang juga engkau taksubkan ?
Kenapa kau butakan mata kau sendiri ?

Kau anggapkan cinta,
Seperti filem hindi,
Kau impikan menjadi hero,
Begitu mudah,
Di saat akhir,
Kepunyaan orang kau bawa lari,

Perempuan itu,
Kau mahukan perempuan itu ?
Tanya sahabatmu,
Benar kau mahukan perempuan itu ?
Tanya temanmu,
Tahukah kau ?
Perempuan itu telah disunting orang,
Bukankah kau sudah lama tahu ?
Cintanya telah dimiliki,

Dengan mudah kau menjawab,
Apa yang aku peduli ?
Buah hati ?
Bakal suami ?
Suami ?
Apa yang aku peduli ?

Siapa mereka mahu menghalang aku ?
Aku lelaki yang ‘bermaruah’,
Tiada perempuan yang pernah menolak cintaku,
Aku akan berjuang mati-matian,
Demi mendapatkan perempuan itu,

Katakanlah berjuta ‘tidak’ padaku,
Aku akan berpura tidak mendengarnya,
Katakan sekali ‘ya’ padaku,
Nescaya aku puas,

Kau mahu perempuan itu berkata ‘ya’ pada kau,
Sedangkan cintanya telah dimiliki ?
Sedangkan dirinya telah bersuami ?

Bijakkah tindakanmu itu ?
Balas sahabatmu,
Berakhlakkah tindakanmu itu ?
Balas temanmu,
Kau gunakah akalmu ?
Tanya sahabatmu,
Kau gunakah imanmu ?
Tanya temanmu,

Tahukah kau ?
Yang kau ini taksub,
Taksub pada perempuan itu,
Bukankah kau pun tahu ?
Allah benci,
Benci pada orang yang taksub,
Berlebihan pada perempuan,
Berlebihan pada tindakan,

Monday

Kekejaman Seksual



Baru-baru ini, negara kita dikejutkan lagi dengan satu kes jenayah kejam yang menjadikan kanak-kanak perempuan sebagai mangsa. Seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil diculik, diliwat dan dirogol sebelum dibunuh.

Siapa yang bersalah di dalam kejadian rogol dan liwat itu. Lelaki-lelaki perogol itu atau kanak-kanak perempuan tersebut ?

Peliknya, setiap kali survey (yang tidak rasmi) dilakukan secara rambang berkenaan siapakah yang patut dipersalahkan di dalam kejadian rogol, samaada si perogol (lelaki) ataupun mangsa rogol (perempuan), terdapat ramai responden lelaki yang mengatakan si mangsa rogol (perempuan) yang bersalah dan patut dipersalahkan apabila dirogol.

Maknanya, ramai responden lelaki yang menyalahkan MANGSA (perempuan) berbanding PEMANGSA (lelaki).

Antara alasan paling popular yang dilontarkan pihak lelaki bagi menyalahkan si mangsa;

“….berpakaian seksi…berpakaian menjolok mata…”

Persoalannya, adakah kanak-kanak perempuan 8 tahun seksi ? Tubuh badan yang belum baligh dan belum lagi matang. Adakah si mangsa kecil itu menjolok mata ? Maka dengan sebab itu dia diliwat dan dirogol ?

Ooh..lantas segelintir pihak lelaki menyuarakan lagi;

“….pasal ramai perempuan di luar sana yang tak tutup aurat….berpakaian seksi…menjolok mata…merangsang nafsu lelaki…”

Maknanya, disebabkan keseksian Britney Spears dan Pamela Anderson, maka kanak-kanak perempuan yang masih mentah itu diliwat dan dirogol ?

Orang yang seronok meliwat dan merogol tidak sedikit pun disebut-sebutkan, sebaliknya si mangsa yang trauma dan menderita akibat diliwat dan dirogol pula yang diperhangat-hangatkan. Adakah ini satu pandangan yang bertanggungjawab sebagai seorang manusia ?

Ini menggambarkan, seolah-olah terdapat di luar sana golongan lelaki yang ego, yang tidak mahu mahu mengaku kesalahan yang dilakukan kaum mereka sendiri.

Adalah hakikat.Tidak ada mana-mana perempuan di dunia ini yang rela dirogol dan diliwat. Tiada siapa yang suka dipaksa dan dikasari.

“Liwat dan rogol adalah hubungan seks yang dilakukan secara paksaan yang juga melibatkan keganasan serta seksaan fizikal dan emosi

Persoalannya, siapa yang memaksa dan siapa pula yang dipaksa ? Siapa yang menggunakan kekerasan dan siapa pula yang dikenakan kekerasan ? Siapa yang menyeksa dan siapa pula yang diseksa ?

Terangsang nafsu…Siapa yang wajib mengukuhkan iman ?

Nafsu sendiri…Siapa yang layak mengawal ?

Adakah orang lain yang harus mengawal nafsu kita sendiri ?

Oleh itu, layakkah pihak yang dipaksa, dikerasi dan diseksa dipersalahkan ?

Sunday

Liat

Seorang tokoh pemimpin pernah berkata:

“..membangunkan sebuah negara lebih senang daripada mengubah sikap masyarakatt


Bermacam-macam program kesedaran dilaksanakan.Beratus-ratus kempen dilancarkan.Beribu-ribu mesej disampaikan.Bertalu-talu nasihat didengarkan. Sebutkan sahaja; kem motivasi,sesi kaunseling,ceramah, khutbah,semuanya telah dilakukan bagi membangkitkan kesedaran moral golongan-golongan ini. Tetapi golongan-golongan ini masih tidak berubah,masih berperangai sebegitu, terus-menerus bangga melakukan kerosakan dan menyusahkan kehidupan orang lain. Persoalannya, mereka tidak ‘dengar’nasihat atau sebenarnya “tidak mahu dengar” nasihat ?

Kenapa manusia-manusia di dalam golongan ini sukar untuk mengubah sifat-sifat keji dan perangai-perangai buruk di dalam diri mereka ? Kerana…mereka suka dan selalu mencipta dan melontarkan alasan demi alasan setelah setiap kali isu kebenaran dan kebaikan dihidangkan di hadapan mereka.

Antara reaksi-reaksi dan alasan-alasan popular yang keluar dari mulut mereka adalah:

  1. “Eleh…”
  2. “Huhh..”
  3. “Huhh…macamlah dia bagus sangat !”
  4. “Eleh…nasihatkan orang konon…dia pun sama jugak..paku dulang paku serpih !”
  5. “Woi…boleh blah la woi…macam bagus!”
  6. “Apa nasihat-nasihatkan orang ? Suka hati akulah nak buat apa !”
  7. “Nak nasihatkan anak orang pulak…jaga anak sendiri sudahlah..”
  8. “Bodoh…bahalol punya orang…pergi mampos la..” *
  9. “Apa ? Kau tak puas hati ke ? Kalau berani jom la fight…kalau kau anak jantan !”
  10. “Pengecut…kalau berani datangla sini…tengok siapa pecah kepala !” *

Note: Kebenaran adalah tetap kebenaran tidak kira siapa pun yang mengatakannya.Terimalah sahaja hakikat kebenaran tanpa cuba mempertikaikan siapa yang mengatakannya Berusaha untuk perubahan atapun sampai-sampaikan kebenaran itu untuk kesedaran manusia lain. Itu yang sebaiknya.

Wednesday

Lelaki..Oh..Lelaki


Keratan di atas diambil dari sebuah akhbar tempatan dan dipaparkan di sini untuk renungan insan-insan yang bergelar lelaki.

Lihat gambar tersebut dengan serius dan penuh perasaan. Cuba bayangkan bagaimana jika ibu anda, kakak anda, awek anda atau isteri anda dicabul atau dirogol oleh sekumpulan lelaki seperti di dalam video clip itu.

Gadis itu merayu “Nak balik…nak balik..” tapi tak dipedulikan oleh lelaki-lelaki itu. Gadis merayu lagi “Tak nak…tak nak…” tetapi lelaki-lelaki itu terus rakus meraba tubuh gadis itu dan merakamnya dengan telefon bimbit.

Apakah perasaan anda ? Jawablah dengan ikhlas.

Barang seseiapa yang tidak sedikit pun merasa kasihan dan simpati di atas apa yang dilakukan terhadap gadis Melayu bertudung itu, maka mereka adalah BINATANG .

Kemudian, barang sesiapa yang merasa seronok dan ketawa melihat gambar gadis itu dicabul dan dirogol , maka mereka adalah adik-beradik SYAITAN yang sepatutnya tinggal di neraka dan bukannya di muka bumi ini.

Lelaki-lelaki di dalam clip video itu layak dikutuk…perbuatan mereka layak dikutuk…kerana mereka bukannya MANUSIA lagi di saat mereka melakukan cabul terhadap gadis teraniaya itu,. Hanya jasad mereka sahaja adalah manusia, tetapi HATI dan NAFSU mereka adalah BINATANG. Kalau diikutkan hati yang marah, rasa hendak dipatahkan sahaja kedua-dua belah tangan mereka masing-masing.

Hanya lelaki-lelaki yang baik akan menghormati perempuan dan melayan perempuan dengan rasa tanggungjawab. Manakala, ‘lelaki-lelaki yang buruk perangai’ pula hanya akan menganggap seseorang perempuan seperti ‘barang mainan’ serta mendekati dan melayan seseorang perempuan kerana didorong keseronokan nafsu semata-mata. (kerana seseorang perempuan itu bermuka lawa, bertubuh cantik, comel, sexy, menggoda).

Sebenarnya, seseorang perempuan boleh mengenalpasti samaada seseorang lelaki itu boleh dipercayai atau tidak, samaada lelaki itu serius dan ingin bertanggungjawab terhadap perempuan atau sekadar ingin bermain-main dan bersoronok dengan perempuan.

Semuanya bergantung kepada apakah persepsi atau tanggapan pertama lelaki seseorang lelaki terhadap perempuan tersebut. Samaada sebagai perempuan yang mempunyai maruah dan perasaan atau ‘barang mainan’ nafsu yang boleh diambil dan diperlakukan sesuka hati.

Lelaki–lelaki buruk perangai @lelaki-lelaki yang tidak boleh dipercayai ini akan menunjukkan beberapa symptom tingkahlaku yang boleh dilihat dengan jelas sekiranya dipantau dengan teliti. Lihat sahaja di persekitaran anda. Antaranya adalah;

  1. Bila ternampak perempuan cantik berselisih di hadapannya, dia sanggup memusingkan kepala tengkoknya 360 darjah demi melihat kecantikan perempuan itu sehingga puas. (Lelaki baik pandang sekali sahaja, takkan toleh-toleh)
  2. Bila ternampak perempuan cantik di hadapannya, dia sanggup merenung wajah perempuan itu dengan begitu lama sehingga nafsunya puas. (Lelaki baik pandang perempuan sepintas lalu sahaja)
  3. Bila ternampak perempuan cantik, dia akan bersiul “Pwiiit” dengan kuat. (Lelaki baik hanya akan diam sahaja)
  4. Bila berselisih dengan perempuan cantik, dia berani memuji kecantikan perempuan itu secara direct. (Lelaki baik hanya akan memuji di dalam hati)
  5. Bila ternampak perempuan cantik, dia akan beriuh-rendah bersama rakan-rakannya dan kemudian berbual-bual kotor serta berlawak lucah mengenai perempuan itu.
  6. Bila ternampak perempuan cantik, dia akan mengajak rakan-rakannya sama-sama mengurat dan bermanja-manja dengan perempuan itu.
  7. Bila ternampak perempuan cantik yang belum tentu dikenali , tanpa segan silu,tanpa memikirkan perasaan malu perempuan itu, dia mempelawa perempuan itu menaiki motor atau keretanya.
  8. Bila ternampak perempuan cantik, dia pandang perempuan itu dari hujung rambut ke hujung kaki dengan ekor mata yang tajam ‘pandangan yang mengancam’
  9. Bila ternampak perempuan cantik, dia masih berani mengurat walapun perempuan itu ternyata awek atau isteri orang.

Lelaki-lelaki yang mempunyai satu atau lebih symptom di atas menunjukkan bahawa mereka berkemungkinan besar adalah lelaki-lelaki yang ‘sakit jiwa’ dalam erti kata ‘kaki perempuan’. Mereka adalah jenis lelaki yang tidak pernah puas dengan kecantikan perempuan dan jika boleh mahu memiliki semua perempuan cantik di dunia. Lelaki-lelaki yang memiliki ciri-ciri sedemikianlah yang berkemungkinan besar tidak menghormati seseorang perempuan sehingga ke tahap sanggup mencabul, merogol dan mencemarkan maruah perempuan itu.Tidak percaya ?

Ini bukannya tuduhan melulu, tetapi analysis tingkahlaku.
Kebanyakan pencabul dan perogol secara asasnya mempunyai sikap sedemikian terhadap perempuan.

Malangnya, masih ada segelintir perempuan yang mudah terpedaya dengan lelaki-lelaki sedemikian.Kasihan.

Nasihat Buat Wanita:
Berhati-hatilah memilih kawan lelaki. Berhati-hatilah ketika berkenalan dengan seseorang lelaki. Berhati-hatilah dengan pelawaan dan kata-kata pujian dan pujuk rayu dari seseorang lelaki yang anda ragui.

Lelaki-lelaki yang benar-benar ingin melindungi,menyayangi dan bertanggungjawab terhadap seseorang perempuan tidak akan pernah terburu-buru untuk mendapatkan diri perempuan tersebut, dia sanggup menunggu biar 10 tahun sekalipun. Dia tidak akan terburu-buru untuk dilayan. Maka, dia akan berkawan dengan baik , ikhlas dan jujur terlebih dahulu sebelum perempuan itu membukakan pintu hatinya. Dia tidak akan sesekali memaksa dan mendesak Dia tidak akan sesekali meminta lebih dari apa yang sudi diberikan oleh perempuan itu. Dia akan menghormati setiap keputusan, perasaan dan pantang-larang dari perempuan itu. Jika perempuan itu berkata ‘tidak’, maka ‘tidak’ lah jawapannya. Dia tidak akan taksub terhadap perempuan itu jika perempuan itu telah telah menolak cintanya.

Oleh itu, lelaki-lelaki yang terlalu cepat dan terburu-buru menjuruskan dirinya ke arah kemesraan, intimasi atau ‘niat seksual’ ketika ingin menghampiri seseorang perempuan adalah ‘lelaki yang buruk perangai’.

Monday

Kena Diri Sendiri Baru tahu


Ramai penjenayah rasa diri diorang tak takut bila buat jenayah..

Tapi bila polis mula buat operasi…tahu pulak nyorok… takut kena tangkap,

Ramai Mat Rempit rasa diri diorang berani mati…

Tapi bila accident,baru patah kaki…tahu pulak meraung sakit..

Ramai mamat semseng rasa diri diorang kuat dan berkuasa…

Tapi cuba test ketuk tempurung lutut diorang dengan tukul besi…gerenti menangis...

Ramai mamat senior rasa diorang best bila ragging junior,

Tapi cuba suruh diorang sendiri lari bogel satu asrama….tahu pulak malu…

Ramai lelaki rasa diri diorang macho giler…

Tapi satu relationship pun tak pernah tahan lama...mata keranjang,

Ramai siswi rasa seronok membuat bising semasa cikgu bercakap kat depan..

Tapi bila anak-anak murid diorang pulak buat bising nanti…tahu pulak marah..

Ramai lelaki rasa diri diorang berani cari pasal bila kacau awek orang..

Tapi bila orang kacau awek dia…tahu pulak marah…

Ramai manusia rasa seronok gelakkan orang lain buat silap..

Tapi bila orang gelakkan dia bila buat silap….tahu pulak sakit hati…

Ramai orang suka mengutuk orang depan-depan..

Tapi bila orang kutuk dia depan-depan…tahu pulak sakit hati..

Ramai lelaki sakit hati tengok perempuan cun berjalan dengan boyfren dia,

Tapi cuba bila perempuan cun tu jadi awek diorang sendiri…tahu pulak diorang diam...

Ramai orang dengan selamber menyepak-terajang kucing yang merayu mintak makan,

Cuba suruh orang tendang perut diorang masa diorang lapar…tahu pun rasa sakit..


Note: Sesetengah orang,…bila kena pada diri sendiri barulah mereka sedar diri..

Tak kira samaada...


Tak kira samaada badan aku kecik ke, badan kau besar ke,

Tak kira samaada badan aku kurus ke, badan kau tough ke,

Tak kira samaada muka aku hodoh ke, muka kau handsome ke,

Tak kira samaada muka aku macam budak-budak ke, muka kau tua ke,

Tak kira samaada aku budak skema, kau budak stylo ke,

Tak kira samaada aku budak punk ke, kau budak skinhead ke,

Tak kira samaada aku junior ke, kau senior ke,

Tak kira samaada kau rasa aku lemah ke, kau rasa kau kuat ke,

Tak kira samaada aku miskin ke, kau banyak duit ke,

Tak kira samaada aku rambut aku botak ke, kau rambut panjang ke,

Tak kira samaada imej aku selamber ke, imej kau macho ke,

Tak kira samaada aku tak social, kau social ke,,

Tak kira samaada baju aku murah ke, baju kau mahal ke,

Tak kira samaada aku jalan kaki ke, kau naik Ferrari ke,

Tak kira samaada aku budak kampong ke, kau budak bandar ke,

Tak kira samaada aku sorang ke, kau banyak member ke,

Tak kira samaada aku orang biasa ke, kau samseng Kampung Dusun ke,

Tak kira samaada aku orang gila ke, kau orang waras ke,


Kalau difikirkan balik...KAU sebenarnya sama dengan AKU..

Tiada apa yang terlalu special tentang KAU berbanding AKU,

KAU ingat KAU sorang je yang ada HAK , MARUAH dan PERASAAN..

AKU pun ada HAK , MARUAH dan PERASAAN jugak...sama macam KAU..

KAU hormat AKU….AKU hormat KAU…kan senang !!

Susah ke nak menghormati orang lain ?


Note:
Anda jenis yang mana satu ? Anda tak tahu macam mana nak hormat orang atau tahu macam mana nak hormat orang tapi tak mahu nak hormat ?

Note: Hormat orang lain itu wajib !

Tuesday

Mengurat atau Mengganggu ?


Jangan berpura-pura tidak tahu apakah itu GANGGUAN SEKS !

GANGUAN SEKS adalah segala perbuatan tidak diundang dan tidak diminta yang menyebabkan seseorang perempuan itu merasa tidak selesa , tidak selamat dan merasakan perbuatan si lelaki itu mempunyai unsur-unsur seksual terhadapnya.

Walaupun anda mengatakan suatu perbuatan anda terhadap seorang perempuan itu hanyalah sekadar gurauan atau usikan, tetapi sekiranya si perempuan itu benar-benar merasa terganggu, merasa tidak selesa dan tidak selamat serta dapat merasakan dirinya dijadikan sebagai objek seks, maka perbuatan anda adalah tetap GANGGUAN SEKS !!

Di dalam penentuan GANGGUAN SEKS, niat anda bukan suatu persoalan, yang penting adalah apa yang dirasai oleh perempuan yang diganggu itu. Adakah si perempuan merasa terpaksa, terganggu dan tertekan ?

GANGGUAN SEKS adalah perbuatan yang secara terang –terangan menggambarkan pendirian keji yang dipegang oleh anda bahawa selama ini di dalam fikiran anda, perempuan adalah sumber keseronokan yang boleh diambil, dibuang dan ditukar-ganti, bahan ‘ cuci mata’dan objek untuk memuaskan nafsu.

GANGGUAN SEKS adalah simbol kepada sikap kurang ajar dan sikap tidak hormat anda (seorang lelaki) terhadap insan bermaruah yang bergelar perempuan.

Di bawah, adalah pengkategorian GANGGUAN SEKS yang selalu dilakukan oleh seseorang lelaki terhadap perempuan yang amat perlu disedari dan dimuhasabah oleh anda supaya selepas ini, anda tidak akan melakukan lagi perbuatan-perbuatan tersebut dan akan berusaha menjauhkannya.


GANGGUAN SEKS terbahagi kepada VERBAL (percakapan) dan BUKAN VERBAL (badan/fizikal).


SECARA VERBAL:

PERBENDAHARAAN KATA
Perkataan,gelaran,panggilan atau teguran tertentu yang ditujukan kepada seseorang perempuan yang mempunyai makna lucah, kaitan lucah atau memalukan maruah seseorang perempuan yang menyebabkan si perempuan merasa tidak selesa dan tidak selamat.

Contoh:
“Pwiitt..!!” - lelaki gemar menggunakan teguran ini untuk memuji atau menyindir seseorang perempuan setelah melihat daya tarikan seksual pada tubuh perempuan tersebut dan rasa ghairah yang timbul apabila melihat perempuan itu. Perempuan tersebut akan merasakan dirinya dipandang sebagai objek seks dan bukannya sebagai seorang yang bermaruah.

AYAT-AYAT
Ayat-ayat percakapan/perbualan yang ditujukan kepada seseorang perempuan dalam bentuk teguran, gurauan , sindiran atau makian yang membawa maksud lucah dan berbau seksual untuk tujuan mendapatkan perhatian si perempuan atau memalukan perempuan tersebut yang menyebabkan si perempuan merasa tidak selesa dan tidak selamat.

Contoh:
“Wow…awak nampak menggoda hari ini !”- ayat percakapan ini berbau gangguan seksual kerana ia mengandungi pujian yang merujuk kepada ciri-ciri seksual tubuh perempuan terbabit yang boleh menyebabkan perempuan terbabit merasakan dirinya dipandang sebagai objek seks.

NADA
Nada suara dan lenggok suara seseorang lelaki yang bersifat terlalu intim dan seksual yang tidak disenangi, ketika bercakap dengan seseorang perempuan dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian perempuan itu, cuba mengghairahkan si perempuan itu secara seksual atau cuba memalukannya yang menyebabkan si perempuan merasa tidak selesa dan tidak selamat.

Contoh;
“Hai..!” – walaupun “Hai..!” boleh menjadi teguran yang normal tetapi dalam keadaan tertentu boleh bersifat gangguan seksual jika disampaikan dengan nada atau lenggok suara yang terlalu mesra dan menggoda kepada seseorang perempuan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.


KATA BERSELINDUNG
Kata-kata atau ayat yang ditujukan kepada seseorang perempuan yang pada zahirnya kedengaran normal tetapi maksud di sebalik kata-kata tersebut adalah lucah dan seksual serta menimbulkan keraguan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian si perempuan, memalukan si perempuan atau cuba mengghairahkan si perempuan yang menyebabkan si perempuan merasa tidak selesa dan tidak selamat.

Contoh:
“Hai…jalan sorang je ? Nak abang hantar naik kereta ? Bahaya sorang-sorang…” – ayat yang pada zahirnya kedengaran murni dan ikhlas tetapi jika difikirkan beberapa kali, ayat itu mungkin menggambarkan niat si lelaki itu untuk cuba menghampiri dan menceroboh ruang ‘personal’ dan ‘intimacy’ si perempuan secara tidak diundang (lebih-lebih lagi jika lelaki itu tidak cukup dikenali).

“Hai..!” – walaupun “Hai..!’ boleh menjadi teguran yang normal tetapi jika dilafazkan oleh seseorang lelaki pada masa dan situasi yang tidak sepatutnya boleh menimbulkan keraguan dan rasa tidak selesa kepada seseorang perempuan terutama sekali ketika perempuan itu sedang berada bersebelahan dengan suami atau teman lelakinya.

TOPIK
Tajuk yang dijadikan bahan perbualan seseorang lelaki yang mengandungi unsur lucah dan berbau seksual yang mengakibatkan seseorang perempuan merasa tidak selesa dengan tajuk percakapan .


SECARA BUKAN VERBAL

RENUNGAN MATA
Memerhatikan dan merenung tubuh badan seseorang perempuan dengun renungan yang sangat tajam atau mengekori pergerakan si perempuan dengan hujung mata yang juga disertai dengan tolehan kepala atau badan yang mengikut arah pergerakan perempuan tersebut sehingga menyebabkan perempuan itu berasa tidak selesa kerana diperhatikan secara taksub.

ISYARAT TANGAN
Isyarat menggunakan jari jemari yang ditujukan kepada seseorang perempuan yang membawa maksud lucah dan seksual bertujuan untuk memalukan perempuan tersebut yang menyebabkan si perempuan merasa tidak selesa dan tidak selamat.

Contoh:
Seorang lelaki tidak dikenali melambaikan tangannya dengan mesra sambil berkata “Hai..!” kepada seorang perempuan, sedangkan suami atau teman lelaki perempuan itu ada berdiri di sebelahnya. Perempuan itu akan merasa tidak selamat seolah-olah tubuh badannya menjadi rebutan mana-mana lelaki sesuka hati, kenapa dirinya masih berani ditegur dan didekati secara intim oleh lelaki luar sedangkan dirinya sudah dimiliki oleh seorang suami atau teman lelaki. Si suami atau teman lelaki perempuan itu pula akan merasa amat tercabar dan marah kerana kewujudannya telah dinafikan oleh lelaki lain.

PERBUATAN FIZIKAL
Segala perbuatan tidak diundang yang menggunakan anggota tubuh yang bertindak untuk memalukan seseorang perempuan, mengghairahkan seseorang perempuan atau untuk mendapatkan keseronokan seksual daripada perempuan tersebut. Ini termasuk memegang, meraba,menyentuh atau menggesel tangan, buah dada, punggung atau mana-mana bahagian tubuh seseorang perempuan yang akhirnya menyebabkan perempuan tersebut merasa tidak selesa, tidak selamat dan maruahnya dimalukan.

PENCEROBOHAN RUANG
Perbuatan seseorang lelaki dengan menceroboh ruang ‘privacy’ atau ‘personal’ seseorang perempuan yang hanya diizinkan untuk individu-individu yang dipercayainya sahaja. Ini termasuk mengekori pergerakan seseorang perempuan ke suatu tempat secara disedari atau tidak, menghampiri atau merapati kedudukan seseorang perempuan secara tidak diundang, mengganggu dengan sms dan penggilan telefon yang tidak diundang atau cuba mewujudkan keadaan berduaan/bersunyian bersama perempuan tersebut yang menyebabkan si perempuan merasa tidak selesa dan tidak selamat.

MATERIAL
Perbuatan tidak diundang seseorang lelaki dengan meminta atau memberikan bahan-bahan yang berunsur seksual kepada seseorang perempuan atau mengaitkan perempuan tersebut dengan unsur seksual yang menyebabkan perempuan itu merasa malu, takut dan tidak selesa. Ini termasuk menghantar surat, email atau sms lucah dan seksual kepada seseorang perempuan, menghadiahkan pakaian dalam kepada seseorang perempuan atau menghantar foto lucah si lelaki kepada si perempuan.


BERHENTI melakukan GANGGUAN SEKS terhadap perempuan !!

GANGGUAN SEKS adalah perbuatan yang kurang ajar dan tiada hormat !!

Jadilah seorang lelaki yang MELINDUNGI dan MENYAYANGI perempuan !!

Monday

Pantun Siakap..

Engkau Yang Bermasalah..


Siakap sepit,

Gelama ikan tongkol,

Ronda-ronda..kacau perempuan..itulah Mat Rempit,

Bila ada peluang jadi perogol,


Siakap kering,

Gelama ikan huduh,

Kat sekolah sibuk bergaduh nak tunjuk samseng,

Lama-lama jadi pembunuh,


Siakap durian,

Gelama ikan daun,

Muda-muda jadi Mat Gian,

Bila terdesak jadi penyamun,


Siakap buntal,

Gelama ikan tunggul,

Asal nampak perempuan asyik nak menggatal,

Bila dapat peluang jadi pencabul,


Siakap sepat,

Gelama ikan tauhu,

Bila semua orang dia tak hormat,

Awek orang..bini orang semua dia sapu,


Note:...selagi mereka tidak insaf....

Sunday

Marah..Gaduh..Perangai Budak-Budak

Cuba anda fahami situasi di bawah. Siapa yang berperangai celaka ?

Sebuah kereta yang sedang parking di tepi jalan tiba-tiba membelok ke lorong kanan tanpa memberi signal. Tanpa diduga, sebuah kereta yang tidak dapat dikawal melanggarnya dari belakang. Kedua-dua pemandu keluar untuk melihat keadaan kereta masing-masing.

Lelaki 2: Woi…ini apehal ini ? Tak reti bawak kereta ke ?
Lelaki 1: Bawak bertenang encik…saya minta maaf..saya tak sengaja.
Lelaki 2: Sampai pecah lampu aku kau langgar…ni sape nak bertanggungjawab ni ? Aku nak kau bayar ganti rugi..
Lelaki 1: Tapi…encik yang tadi belok kanan tak bagi signal...tiba-tiba je masuk lorong kanan…itu yang saya tak dapat elak tu..
Lelaki 2: Aku tak peduli apa alasan kau…aku tetap nak kau bayar aku sekarang..
Lelaki 1: Bertenang encik…lebih baik kita berunding cara baik.
Lelaki 2: Kau ni tak faham bahasa ke…yang kau bawak kereta macam orang mabok tu apasal…baru dapat lesen ke..!!?
Lelaki 1: Saya bawak ok je tadi…encik yang tadi belok tiba-tiba..Lain kali nak belok bagi signal dulu.
Lelaki 2: Kau ni sape nak nasihatkan aku…haa…kau ni sape ? (sambil menolak-nolak badan lelaki 1)
Lelaki 1: Bertenangla encik…tak baik gaduh-gaduh ni…tak selesai masalah pun..
Lelaki 2: Bertenang kepala otak kau.. (tangannya memulas baju lelaki 1)

(terpaksa mengalah, demi mengelakkan pergaduhan…)
Lelaki 1: Baiklah…saya minta maaf ok…saya minta maaf..
Lelaki 2: Apa maaf-maaf..!!? Ni nampak..(sambil menunjuk penumbuk)
Lelaki 1: Ok..ok…(sambil menghulurkan rm50)
Lelaki 2: Lampu aku pecah…rm50 mana cukup..!!? Kau nak cari nahas ke haa..!!?
Lelaki 1: Nampaknya..encik ni sengaja nak mencari gaduh ni ?
Lelaki 2: Ape..? Ape..? Kau tak puas hati? Kalau nak gaduh,jom..!! Kalau kau anak jantan, datang la sini,woi..!!
Lelaki : Kan saya dah minta maaf tadi. Saya tak suka gaduh-gaduh ni...macam budak-budak je..
Lelaki 2: Ape..? Penakut ke..? Kalau kau anak jantan, marila….

(dalam hati )
Lelaki 1: Inilah masalah kau….!!? Perangai macam celaka..!!? Elok tak gaduh, sengaja nak cari gaduh.



Di dada-dada akhbar sering kita baca kes-kes jenayah yang berpunca dari pertikaman lidah, pertengkaran dan pergaduhan sehingga ada yang menyebabkan pembunuhan dan kecederaan parah. Punca tercetusnya kejadian di atas hanya satu iaitu "marah".

Emosi-emosi negative yang tercetus di dalam diri manusia boleh saling mencetuskan antara satu sama lain. Contohnya, cemburu boleh mencetusken benci…benci boleh mencetuskan dengki...dengki boleh mencetuskan khianat. Manakala, ego boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan rasa tidak puas hati boleh mencetuskan benci…benci boleh mencetuskan marah. Akhirnya, marah boleh mencetuskan pergaduhan dan pembunuhan.

Lebih dari 80% pembuat/pelaku jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah lelaki. Pergaduhan, pertengkaran lidah yang boleh berakhir dengan pembunuhan berpotensi besar dilakukan oleh kaum lelaki. Oleh itu, amat penting bagi seorang lelaki untuk sentiasa berjaya mengawal rasa "marah" dalam apa-apa keadaan.

Pantang ada masalah…nak gaduh. Pantang ada perselisihan faham….nak cabar-mencabar. Pantang marah…nak tunjuk penumbuk. Pantang marah….nak ambil parang dan kayu.

Biasakanlah menyelesaikan perselisihan faham dengan cara berbincang secara aman. Mengaku salah dan mohon kemaafan walaupun anda tahu yang anda tidak bersalah.
Jadilah air untuk memadamkan api…bertolak-ansur dan bersabarlah dengan orang lain demi menyelesaikan perselisihan faham. Jangan pula menjadi api….berlagak ego, bersikap degil, melawan balik dan berdendam hanya akan memarakkan lagi api "amarah" yang akhirnya akan membawa kemusnahan.

Apabila marah, ambillah wuduk, duduklah sekiranya berdiri, basuhlah muka dengan air yang sejuk, lihatlah haiwan kesayangan, pergilah ke tempat yang menenangkan, ingatlah Tuhan banyak-banyak dan fikirlah secara rasional.

Peniaga hipokrit

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Macam ini ke cara orang Melayu berniaga ?
Aku dan keluargaku mengalami pengalaman pahit sewaktu mengunjungi sebuah gerai makan yang diusahakan seorang peniaga Melayu pada baru-baru ini.

Jam sudah menunjukkan waktu 12 pm,waktu itu perut kami sudah berkeroncong. Kami melihat sebuah gerai makan di sebelah kanan kami. Kerana lokasinya yang dekat,kami memilih gerai itu. Tuan punya kedai itu bertuah kerana kami bakal menghulurkannya rezeki nanti.

Kami sekeluarga duduk di sebuah meja, menanti pelayan sampai untuk mengambil order. Kemudian, datang seorang wanita berdiri di sebelah meja. Aku memandang ke arahnya. Muka wanita itu masam mencuka. Ibuku bertanyakan nasi goreng. Sebaliknya, wanita itu membisu seribu bahasa. Ibuku lantas mengorder nasi goreng untuk kami. Kali ini pula, wanita itu mengalihkan matanya ke arah lain, bukannya ke arah ibuku yang sedang bercakap dengannya. Menyedari ibuku tidak disahut, aku memandang ke arah pelayan wanita itu dan dalam hatiku berkata " Sombongnya peniaga ni…cantik sangat ke muka ?". Setelah menoleh…aku dapati… rupanya bukannya cantik…hodoh…dah separuh tua pula tu…tetapi, masih ada hati nak tunjuk lagak"

Kemudian, aku memandang sekeliling. Bilangan pelanggan di gerai itu boleh dikira dengan jari sebelah tangan, banyak sungguh kerusi yang kosong. Setiap kenderaan yang baru berhenti akan singgah di gerai sebelah yang tidak jauh dari situ. Boleh dikatakan gerai di sebelah sentiasa dikunjungi ramai pelanggan setiap jam. Dalam hatiku berkata "Kedai ni…sudahla miskin…tak ramai pelanggan…masih nak berlagak dengan pelanggan". Rasanya.. orang-orang lain, ramai yang sudah terkena dengan gerai ini.

Dalam masa yang sama, datang sekumpulan lelaki berpakaian seragam ke kedai itu untuk minum-minum. Rasanya..mereka pelanggan rutin. Aku memerhatikan gelagat wanita itu dalam diam. Bukan main ceria…bukan main mesra lagi…tersenyum sampai ke telinga si pelayan wanita itu dengan pelanggan tersebut. Dalam hatiku berkata " Hipokrit punya gerai…dengan pelanggan pun pilih bulu…dengan pelanggan yang diorang tak berkenan,diorang layan macam sampah je…"

Selepas membayar, aku terus berlalu dari situ sambil hatiku berkata "Macam ni ke Melayu buat bisness? Bukankah dalam perniagaan, setiap pelanggan itu adalah boss. Kepuasan pelanggan adalah nombor satu. Setiap satu pelanggan yang datang adalah sumber rezeki (kami bukannya datang untuk makan free) "

Wednesday

Kenapa nak jadi binatang ?

Memang benarlah kalau ada orang mengatakan yang masyarakat kita semakin kejam. Memang betul pun. Tengok sahajalah kes-kes jenayah yang terpampang di dada-dada akhbar sekarang. Macam-macam salah laku jenayah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan berlaku sana-sini yang nyata menggambarkan sebahagian masyarakat kita semakin berperangai celaka. Cuba anda imbas.

Dulu, di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu, sekumpulan pelajar kurang ajar membaling batu dan kayu ke arah guru pada sambutan Hari Guru yang diadakan di sekolah mereka. Bilangan pelajar samseng itu amat amat ramai, menyebabkan pihak guru tidak berupaya mengawal tidakan samseng mereka. Pihak sekolah terpaksa meminta bantuan dari pihak polis kerana pelajar-pelajar sedimikian telah berperangai seperti binatang. Ternyata mereka tidak menghormati keamanan sejagat dan menganggap guru-guru seperti musuh. Mereka memberontak seolah hilang pedoman dan lupa asal tanggungjawab mereka dihantar ke sekolah. Yang paling best, pelajar-pelajar celaka ini masih mampu tersenyum dan ketawa seolah-olah bangga dengan perbuatan biadap mereka. Mereka bukannya bercita-cita ingin menjadi insan berguna, sebaliknya ingin menjadi golongan celaka pula.

Sebelum itu kita pernah digemparkan juga dengan kes pelajar-pelajar sekolah bergaduh ala samurai. Bayangkan bergaduh dengan senjata-senjata tajam (pisau,parang) yang mampu meragut nyawa. Dalam kejadian itu, beberapa pelajar cedera parah akibat luka. Begitu murah nilai sebuah nyawa bagi pelajar-pelajar ini. Kerana marah dan dendam, mereka tidak takut untuk menumpahkan darah dari tubuh seorang rakan. Pada usia yang masih muda ini, mereka sudah hilang rasa belas kasihan. Mereka tidak merasa bersalah mencederakan seseorang manusia yang lain , apatah lagi hingga menyebabkan kematian.
Apakah yang mereka akan jadi apabila dewasa nanti? Pemimpin atau penyamun ?

Tiada alasan untuk menghalalkan perbuatan ragging. Baru-baru ini, kes sekumpulan pelatih senior sebuah akademi latihan tentera didakwa di mahkamah kerana membuli dan mendera seorang pelatih junior. Mujurlah, pihak mangsa melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan kini mereka dihukum tindakan undang-undang. Dalam masyarakat kita bersimpati kepada mangsa dera itu, ada pula pihak yang memperlekehkan kejadian buli tersebut atas alasan ianya adalah perkara biasa dan amalan bagi membentuk kekentalan jiwa. Suatu alasan yang amat celaka. Perbuatan-perbuatan senior tersebut adalah bermotifkan dendam akibat rasa tidak puas hati dan ego yang tidak bertempat. Mereka sengaja ingin menjatuhkan maruah mangsa dan ingin menunjuk-nunjukkan kekuasaan mereka sebagai golongan senior. Oleh itu, mereka memaksa si mangsa meyapu air longkang ke muka, menuang air longkang tersebut ke kepalanya, berlalan di atas kayu berpaku, menarik-narik dan menyepak-terajang. Inilah mereka.. bermuka handsome, berpakaian segak, berambut kemas…tapi ,berhati syaitan.

Yang terkini, kisah seorang wanita berusia yang juga seorang ibu dibelasah sehingga mati sebelum disamun oleh sekumpulan lelaki samseng jalan raya. Pencetus kejadian adalah keengganan si mangsa membayar ganti rugi kerosakan kereta salah seorang daripada lelaki tersebut. Berkemungkinan bersar, kemalangan itu disengajakan oleh lelaki terbabit untuk tujuan memerangkap. Konco-konco lelaki terbabit datang dengan sebuah kereta lain bersama senjata kayu dan besi. Dengan senjata-senjata keras itu , wanita berusia itu dibelasah dan dipukul sehinnga tidak berdaya, manakala tingkap keretanya dipecahkan. Kemudian, segala barangan berharga mangsa disamun oleh lelaki-lelaki celaka tersebut. Sekumpulan lelaki yang memang celaka. Tergamak mereka menganiaya seorang wanita…seorang ibu.


Banyak lagi kejadian-kejadian lain yang menjadi bukti kehilangan belas kasihan di dakam masyarakat kita. Nilailah sendiri.


Sebelum anda membuat perkara jahat kepada seseorang, fikirkan dulu, bagaimana pula jika ada orang lain membuat perkara yang sama kepada kakak, adik ,ibu dan isteri anda.Jangan sesekali mementingkan diri sendiri.

Mak bapak teruk...anak-anak biadap

Anda perasan tak ? Sekarang semakin ramai belia remaja kita di Malaysia yang KURANG AJAR ? Kurang ajar dengan rakan sebaya, kurang ajar dengan cikgu, kurang ajar dengan mak bapak, kurang ajar dengan orang yang lebih tua, kurang ajar dengan orang awam.

Banyak sungguh contoh yang kita boleh saksikan, di dada akhbar dan di dalam televisyen; Kes-kes “Pelajar-pelajar sekolah bergaduh ala samurai”, “Pelajar lontar batu dan kayu pada Hari Guru”, “ Pelajar cedera parah dibelasah sekumpulan pelajar senior”, “Pelajar trauma setalah dibuli senior”, “Pelajar menyerang (seksual) guru wanita”.

Apa nak jadi dengan belia remaja sebegini ? Yang rata-ratanya lelaki, Melayu, Islam. Tiada adab sopan. Akhlak seperti binatang.

Salah siapa ? Salah Mak Bapak….Salah Mak Bapak mereka…

Mengapa ? Kerana akar kepada pembentukan sahsiah seseorang manusia bermula dari keluarga.Keluarga adalah agen sosialisasi pertama akan ditempuhi setiap manusia setelah kelahiran mereka ke dunia.Setiap manusia itu dilahirkan ibarat kain putih semasa kecil, terpulang kepada mak bapak bagaimana cara mencorakkannnya. Maka, kegagalan sahsiah seseorang itu, penyebab utamanya adalah kegagalan asuhan dan didikan mak bapak.

Pepatah Melayu ada mengatakan “melentur buluh biar dari rebungnya”. Terdapat mak bapak zaman sekarang yang mengambil ringan akan perbuatan salah anak-anak mereka.Ternyata perbuatan anak-anak mereka salah, mereka masih ingin memenangkan. Mereka tidak menegur perbuatan salah tersebut , sebaliknya menggalakkan pula anak-anak mereka bertingkahlaku sedemikian. Alasan mereka “Biasalah…budak-budak”, “Biasalah tu..darah muda”

Ibarat “ketam mengajar anak berjalan’. Sikap mak bapak yang tidak memberikan tauladan yang baik kepada anak-anak amat mengecewakan. Bayangkan seorang bapak yang samseng menasihatkan anaknya agar jangan membuli orang. Anak-anak ini menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model yang negatif dengan meniru dan mencontohi perangai-perangai buruk mereka yang lama-kelamaan menjadi sebahagian daripada personaliti mereka. Kini, adalah menjadi satu trend masyarakat , mak bapak bercakap kasar di dalam dan luar rumah dan kemudian membiasakan pula anak-anak mereka dengan percakapan yang lucah dan kesat.

Paling mengejutkan, ada juga mak bapak yang memenangkan anak-anak mereka yang telah ternyata melakukan perbuatan salah. Malah, mak bapak pula yang memberi keizinan kepada anak-anak mereka untuk terus melakukan kesalahan tersebut. “ Kau pergi jolok lagi mangga depan rumah orang tu, lepas tu boleh kita makan dengan kicap”.
Mak bapak pula mengajar anak-anak mereka mengambil sesuka hati hak kepunyaan orang lain.

Ada juga mak bapak yang memberi keizinan kepada anak-anak mereka berlaku biadab dan kasar. Sedangkan bersikap sabar dan mengalah itu amat penting untuk mengekalkan kedamaian “Apa..? Kau kena pukul…buat apa kau takut sangat kat budak tu..kau lawan la dia balik”.

Lagi satu, ada mak bapak yang menggalakkan anak-anaknya ego dalam berbicara. Mereka mahukan anak-anak mereka hebat berkata-kata dan jangan sesekali mudah mengalah dengan orang. Apabila bercakap, mereka sahaja ingin menang dan cakap mereka sahaja yang betul. Perkataan dan nada yang kasar dianggap perkara biasa dan melambangkan keterbukaan dan keramahan dalam pergaulan. Apabila terlalu taksub bercakap, mereka tidak mempedulikan sensitivity perasaan dan maruah orang lain. Sekiranya pihak yang mendengar tersinggung, itu adalah kerana dia tidak biasa dengan pergaulan sedemikian, bukan salah anak-anak mereka yang bercakap.

Monday

jangan jadi monyet

Anda sedang berjalan pulang ke kolej bersama tiga rakan karib anda dan dalam perjalanan itu anda terserempak dengan seorang gadis yang sedang berjalan di hadapan dengan arah tuju yang sama.

Anda melihat gadis muda itu dengan rasa yang semacam. Hati anda seolah berdegup rancak tatkala melihat gadis itu seadanya. Itu suatu petanda yang anda sedang menyukai gadis itu.

Dia tidak perasan anda. Anda terus memandangnya.

Dari pandangan belakang, pinggulnya menyerlah. Pada anda bentuk tubuhnya amat menarik. Memang citarasa anda. Kulitnya putih. Tidak kurus dan tidak pula gemuk, bentuk tubuhnya agak mengghairahkan jika lama ditenung. Lebih-lebih lagi pada bahagian dadanya.

Mungkin tiga rakan anda juga perasan akan kelebihan gadis itu. Mungkin kerana hati mereka juga terdetik sebegitu.

Namun, anda tidak sesekali menghebah-hebahkan perikeindahan gadis itu walau satu ciri pun. Apatah lagi menjadikan ciri kewanitaan gadis itu sebagai topik hangat dalam perbualan sesama rakan anda ataupun bahan gurauan lucah. Anda tidak meriuh-riuhkannya. Cukuplah diri anda saja yang sedar akan cetusan perasaan dan tarikan nafsu tatkala merenung gadis itu. Anda hanya hanyut di fikiran semata.

Tiba-tiba, gadis itu menoleh ke belakang. Pada saat yang sama juga, anda turut sama menarik semula renungan, mengalihkan anak mata anda dari tubuh gadis itu. Kerana, di dalam hati anda tercalit sedikit rasa hormat padanya. Anda tidak mahu gadis itu merasakan dirinya tidak selamat dan tidak selesa direnung tajam oleh seorang lelaki.
Sudah semestinya gadis itu tidak mahu dilabel sebagai objek seks anda.

Kemudian, salah seorang rakan anda mengajuk “Piwiiittt..” pada gadis itu dan menyambung dengan ayat yang berbunyi “Fuiyoo...besar siot dia punye....”. Dua rakan anda yang lain tersenyum monyet, tersengih dan ketawa liar dalam godaan nafsu. Mereka membuat lawak lucah mengenai gadis itu.

Namun, anda tidak ketawa terkahak-kahak. Anda hanya sekadar tersengih kecil sahaja.
Kerana di dalam hati anda tercalit sedikit rasa hormat pada gadis itu. Malah anda pula mengeluarkan secebis nasihat yang berbunyi “ Hei...tak elok la buat macam tu....”

Anda tertarik pada gadis itu seperti rakan-rakan anda yang lain, namun anda tidak melakukan tindakan yang boleh membuatkannya merasa tidak selesa dan tidak selamat. Anda tidak mahu menjadi lelaki yang ‘gila perempuan’, yang mudah rambang mata melihat gadis-gadis lawa dan mahu memiliki semua perempuan cantik yang dilihat.

Jikalau anda benar-benar mahu serius dengan gadis itu, anda akan cuba mengenali dan mendampinginya secara terhormat dan bermoral.

bini orang pun nak usha ke ?

Masih ingatkah anda akan filem ‘Musang Berjangut’ yang dilakonkan oleh seniman P.Ramli sewaktu dahulu. Mengisahkan seorang putera sultan yang selesai mengembara, membawa pulang seorang ‘perempuan’ untuk dijadikan isteri. Cuba imbas kembali detik-detik cerita di dalam filem tersebut.

Isu sinis yang cuba ditimbulkan melalui filem ‘Musang Berjangut’ adalah padah ketaksuban kepada insan bergelar perempuan. Manakala insan yang taksub dan menerima padah ketaksuban itu bergelar lelaki.

Heroin utama di dalam filem itu dipaparkan sebagai perempuan muda yang cantik, memilki senyuman bibir yang menawan, mata yang memikat, wajah yang gebu mempersonakan serta bentuk badan yang mengiurkan. Bak dikata, segala padanya mampu mencairkan hati lelaki.

Persoalannya, perempuan nan cantik itu adalah ternyata isteri kesayangan putera sultan.

Pabila dibawa ke istana, beberapa lelaki (pegawai utama istana) terpegun dan terlopong melihat perempuan nan cantik itu, termasuklah ayahanda sultan sendiri. Semuanya memandang hingga terjuling mata, menoleh hingga terseliuh tengkuk. Segalanya wangi. Tangan yang sudah bersalam tidak sudi dibasuh. Semua lelaki itu menjadi obses. Semuanya lupa diri. Semuanya terlupa yang perempuan itu isteri sang putera.


Kerana taksub...kerana nafsu. Ayahanda sendiri sanggup berbuat bohong bagi menjauhkan sang anak daripada isteri.Tujuannya hanya satu, untuk membuat maksiat bersama isteri anaknya yang cantik itu.

Persoalannya, perempuan nan cantik itu adalah ternyata isteri kesayangan putera sultan.

Rupa-rupanya ramai lagi lelaki yang ingin mengambil kesempatan ke atas perempuan itu, semasa ketiadaan suaminya di rumah. Masing-masing sanggup datang pada waktu malam, mengunjungi dan memasuki rumah yang didiami seorang perempuan tatkala suaminya tiada.

Kerana taksub...kerana nafsu. Perempuan yang sudah menjadi hakmilik lelaki lain pun tidak dipedulikan sama sekali. Asalkan perempuan. Asalkan cantik menawan. Asalkan dapat berseronok.

Apa yang peliknya, mereka tidak bodoh semenjak lahir. Mereka tahu bahawa mendekati dan mengganggu perempuan yang telah menjadi isteri seseorang lelaki, samaada semasa ketiadaan atau bersama suaminya sehinnga boleh menyebabkan kerosakan pada hubungan suami isteri mereka atau menggalakkan perempuan itu berlaku curang adalah berdosa besar di dalam Islam.

Adakah anda sebegitu?

nak usha pun biar cara baik...

Ramai lelaki yang mengatakan usik-mengusik dan mengacau wanita/gadis adalah perbuatan biasa yang normal dilakukan oleh para lelaki. Perbuatan ini dikatakan normal atas alasan lelaki dijadikan mempunyai nafsu ke atas wanita

Sebenarnya, sedarkah anda bahawa mengusik seseorang wanita itu merupakan ancaman atau yang lebih tepat lagi, ganggual seksual ke atas wanita.

Memikat wanita tidak salah,malah adalah lumrah untuk mencari pasangan tetapi bagaimanakah cara memikat yang bermoral?

1. Ingin mengenali seseorang gadis, hendaklah mendekatinya secara individu ‘one by one’. Secara terhormat.

2. Jangan sesekali mengusik, memikat dan mengekori seseorang gadis secara berkumpulan bersama rakan-rakan.

Note: Gadis itu akan merasa tubuh badannya diperhatikan sebagai objek nafsu lelaki semata dan mereka ingin berlumba merebutinya.Kemudian, dia akan merasakan dirinya dikelilingi tenaga lelaki-lelaki yang berkemungkinan akan menceroboh keselamatan dirinya.

3. Jangan terus memuji dan melafazkan kata-kata intim dan menegur mesra seseorang gadis yang baru sahaja dijumpai.

Note: Wanita hanya boleh menerima kehadiran seseorang lelaki setelah dikenalinya dengan mendalam dalam tempoh yang panjang secara perlahan-lahan.Sebaliknya, jika anda mendekatinya terus dengan kata-kata intim akan mencerminkan diri anda sebagai lelaki yang terhegeh-hegeh berkehendakkan wanita lalu membayangkan kepadanya anda seorang lelaki yang sukar dipercayai.

4. Jangan mendekati seseorang gadis yang baru dijumpai secara terlalu dekat.

Note: Semakin anda rapat padanya, dia akan semakin menjauhkan kedudukannya dari anda untuk melindungi kewanitaannya. Gadis itu merasakan anda seorang lelaki yang gelojoh kerana bersikap terlalu ‘direct’ kepada wanita. Anda mungkin akan dilabelkan gila seks.

5. Sentiasa sensitif dan sentiasa menyesuaikan tindakan anda kepada sebarang perubahan bahasa badan seseorang gadis.

Note: Bahasa badan seseorang wanita adalah 90%menggambarkan reaksinya terhadap anda. Melalui bahasa badannya, anda boleh tahu samaada gadis itu menyukai atau tidak mahu menerima anda. Jika anda melihat seseorang gadis mengalih pandangannya pada tempat lain ketika anda bercakap dengannya, menjauhkan kedudukan duduk/berdirinya dari diri anda, tidak membalas kata-kata mesra anda, mendiamkan diri dan terus berlalu meninggalkan anda, ini semuanya membawa satu maksud iaitu “Saya tidak berminat dengan diri awak. Sila jangan ganggu keselamatan saya dan sila hormati saya”

Ketahuilah, bahawa walaupun anda hanya berniat untuk memikat seeorang gadis tetapi jika kata-kata dan tindak-tanduk anda telah membuatkannya rasa terganggu dan tidak selamat walaupun 1% , sedarlah bahawa anda telah melakukan satu bentuk gangguan seksual terhadapnya.

6. Bersedia mental dan emosi untuk menerima sebarang reaksi daripadanya. Bersedia menerima realiti.

Note: Jika seseorang gadis itu menerima anda, memang rezeki anda sebegitu. Sebaliknya jika gadis itu menolak dan tidak sudi menerima anda, terimalah seadanya bahawa dia bukannya rezeki/jodoh anda. Jangan obses atau taksub. Hormati perasaan dan keputusannya dan jangan sesekali memaksa atau mendesaknya menyukai anda.


Note: Pikatlah wanita dengan cara yang terhormat.

Note: Hormatilah wanita seperti anda mahu lelaki lain menghormati ibu, kakak, adik perempuan, teman wanita dan isteri anda.

Thursday

mamat motor yang LEMBU lagi..

Aku ingin berkongsi pengalaman...pengalaman yang yang diceritakan oleh abang saudaraku. Dengan rasa sedih...kecewa...geram dan dendam, sebagai seorang lelaki yang bergelar suami, dia meluahkan rasa hatinya setelah beberapa kali isterinya diganggu lelaki-lelaki ‘bastards’.

Kisah pertama, semasa menemankan isterinya menunggu bas ekspress di sebuah terminal bas pada pukul 10 malam untuk tujuan pulang ke kampung menghadir kenduri. Abang saudaraku berdiri di sebelah isterinya di bahu jalan dan dengan tiba-tiba lalu sebuah motosikal Kriss hitam yang dinaiki dua pemuda Melayu (Mat Rempit pasti..), memerlahankan motosikal mereka dan pemuda di depan tiba-tiba menoleh ke belakang sambil melambai manja kepada kakak iparku yang betul-betul berada di sebelah suaminya. Kemudian kedua-dua pemuda Melayu itu ketawa sesama mereka, manakala abang saudara aku tersentak hatinya. Bayangkan apa perasaan abang saudaraku pada masa itu?

Kisah kedua pula, suatu petang semasa hendak pulang dari pekan setelah selesai membeli beberapa barang di sebuah pasaraya, abang saudaraku dan isterinya berdiri di bahu jalan untuk menunggu bas pulang ke rumah.Tiba-tiba, lalu sebuah motosikal dinaiki dua pemuda Melayu. Mereka membunyikan hon “Pin..Pin..” tiba-tiba. Abang saudaraku terkejut. Tiba-tiba, salah seorang pemuda Melayu itu menoleh ke belakang dan bersiul “PiiWiiitt..” ke arah isteri abang saudaraku.Kemudian, kedua-dua pemuda sempat memandah ke arah abang saudaraku sambil ketawa seperti setan. Bayangkan apa perasaan abang saudaraku pada masa itu?

Persoalannya di sini.....kakak iparku bukannya berseorangan ketika kejadian-kejadian itu.Dia ditemani oleh suaminya yang sentiasa berdiri dan berada di sisi. Secara logiknya, sudah jelas kakak iparku adalah hakmilik seseorang lelaki. Lelaki-lelaki diluar patut boleh mengagak bahawa lelaki yang berada rapat di sebelah kakak iparku kemungkinan besar adalah suaminya.

Mengapa masih ada lelaki-lelaki ‘kurang ajar’yang masih berani menggangu dan mengusik kakak iparku.Di mana akhlak....di mana adab sopan...di mana rasa hormat....di mana perikemanusiaan sebilangan pemuda Melayu Islam hari ini ? Di mana..??? Hinggakan teman wanita / tunangan / isteri orang pun hendak diusik-usik dan dicuba-cuba.

Apa perasaan anda apabila tiba-tiba ada seorang lelaki....merenung-renung...menjeling-jeling...tersenyum-senyum...melambai-lambai...memanggil “Hai” kepada isteri / tunang anda.. di depan mata anda sendiri?

Tuesday

mamat motor yang LEMBU

Golongan remaja belia lelaki yang gemar berpeleseran tidak tentu hala dengan motosikal atau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Rempit semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.. Kita tidak gembira dan kita tidak bangga, sebaliknya kita merasa marah, risau dan ketakutan.Rata-rata masyarakat menganggap para belia Mat Rempit ini sebagai suatu ancaman kepada keselamatan ahli masyarakat dan ketenteraman hidup seharian.Mengapakah masyarakat kita bimbang ?


Secara majoriti, siapakah yang secara bangga diri melibatkan diri dalam arena Mat Rempit ini? Sudah pasti, mereka juga adalah para belia yang pernah terlibat dalam arak dan penyalahgunaan dadah. Kita pun sedar bahawa, seseorang yang telah dipengaruh oleh dadah, tiada perikemanusiaan dan belas kasihan. Mat Rempit yang telah bersahabat dengan dadah dan arak tidak akan mempedulikan perbuatan yang haram. Oleh itu, mencuri, merompak dan meragut adalah lambang keberanian mereka.

Mat Rempit.Belia jenis apakah mereka ? Para belia yang memiliki peribadi mulia adalah belia yang berdisiplin tidak melanggar undang-undang, bertanggungjawab memelihara maruah dan keselamatan orang lain, tidak mencerobohi apa yang telah menjadi hak kepunyaan orang lain dan tidak bertingkahlaku mengikut nafsu/emosi, sebaliknya mengikut akal. Oleh itu, adakah para belia Mat Rempit ini golongan beradab-sopan ? Terang-terangan mereka tidak menyayangi nyawa mereka sendiri, menghabiskan masa dengan aktiviti merosakkan dan tidak menghormati orang awam. Ternyatalah, Mat Rempit adalah golongan belia bermasalah.

Berdasarkan pemerhatian penulis dan pendapat orang ramai, berikut adalah berberapa masalah dan gangguan utama yang ditimbulkan oleh para belia Mat Rempit kepada kehidupan masyarakat kita.

1. Melibatkan orang awam yang tidak bersalah ke dalam bahaya kemalangan jalan raya.

2. Apabila Mat Rempit ini melepak di suatu tempat secara berkumpulan, mereka mewujudkan ‘aura’ (ancaman) yang menyebabkan orang awam yang lalu-lalang merasa tidak selamat.

3. Terlibat dalam pergaduhan antara kumpulan/geng apabila ada antara ahli-ahli mereka yang dicabar atau dipukul.

4. Tidak menghormati wanita. Mat Rempit menganggap wanita sebagai objek seks atau ganjaran yang mereka patut dapat. Menganggu, mengusik para wanita yang mereka rasakan cantik memikat dan meng ‘usha’ wanita secara ‘terlampau’ adalah hiburan atau aktiviti ‘cuci mata’ belia Mat Rempit. Kadangkala ada Mat Rempit yang masih berani mengusik,memikat wanita yang datang bersama abang, teman lelaki atau suami. Mereka tidak menghormati wanita yang dipunyai lelaki lain. Yang penting bagi mereka adalah hati mereka terhibur, nafsu mereka puas.

5. Aktiviti berpeleseran mereka pada waktu lewat malam boleh meningkatkan risiko kes pecah rumah,samun, langgar lari, culik dan rogol, kongsi gelap di kawasan sekitar.




Note: Para belia Mat Rempit ini wajib diberikan ‘brain wash’ dengan ilmu akhlak dan keagamaan, bukannya dengan menyediakan mereka litar lumba.

miang mengalahkan buluh miang


Berikut adalah sebuah situasi yang diadaptasikan daripada kisah reality hidup sekumpulan lelaki yang ‘bastards’. Kenapa mereka ‘bastards’ ?Bacalah...


(Suatu malam...)

JANTAN1: Wei, geng...itu pun budak sial tu. Dah berjanggut baru nak sampai..!
JANTAN-JANTAN: Fuiyoo...dia bawak awek sekali la...fuiyoo lawa awek tu siot..
JANTAN1: Woi...sorila lambat. Ada roadblock tadi kat simpang tu..
JANTAN2: Lambat..lambat aku tak kira...kitorang tak kira...betul tak geng ?Kitorang tunggu lu sampai nak berjanggut. Sekarang kitorang nak lu belanja kitorang makan pulak.
JANTAN-JANTAN: Betul tu...belanja kitorang makan...
JANTAN1: Belanja tengkorak korang ! Aku pokai sekarang ni...
JANTAN2 : Tu...awek belakang lu tu...yang comel-comel tu pun boleh jugak...itu pun kira lauk jugak kan ? Betul tak geng..?
JANTAN3 : Ha..ha..ha...cantik gile pompuan belakang tu Mat. Apa nama dia Mat? Cun tu....boleh buat lauk ni...he..he..
JANTAN-JANTAN: Haah...body mengancam siot...takkan nak makan sorang je Mat ?
JANTAN 4: Hai...nama abang Black, nama adik yang cantik comel ni siapa...rumah kat mana ?
JANTAN1: Hei..hei..Sorry ! Ini awek aku sorang yang punya. Susah aku nak tackle mula-mula ni...asyik menolak je..tapi biasalah aku...aku kan pakar mengayat, hehe... Cantik tak awek aku ?


(Semasa mereka melepak....)


JANTAN3: Wei...wei..tengok tu...tengok tu...
JANTAN4: Apa...? Budak lelaki kat gerai tu ke ?
JANTAN3: Budak jantan tu buat ape badigol....tu haa...pompuan cun kat gerai tu...cun siot..!
JANTAN4: Mmm...boleh tahan.
JANTAN5: We...itu bini orang tu...bini budak lelaki tu la. Diorang asal kat taman seberang sana tu.
JANTAN3: Korang tengok punggung dia....buah dada dia.....#$%&% siot. Badan mengancam tu...gebu...! Stim aku..!
JANTAN5: Bini orang tu wei....
JANTAN4: Peduli apa aku awek orang ke...bini orang ke...
JANTAN3: Entah...yang penting pompuan beb....sapu je...Muka punyalah comel....Kalau lah aku dapat dia....hei...siang malam aku tak tidor beb...! Asyik kat katil je...!
JANTAN4: Mesti sedap kalau dapat kat kita....dapat buat awek...bini ke...takpun jual buat pelacur, hehe....
JANTAN5 : Kau ni memang jantan jahanam betul la...
JANTAN3: Wei...dia toleh sini la wei....Hai...(sambil melambai)...Hai...!
JANTAN-JANTAN: Ha..ha..ha..
JANTAN5: Kepala otak korang...selambe je kau usha dia...bini orang tu...nanti mengamuk laki dia nanti....kau jangan cari nahas..!
JANTAN4 : Peduli la laki dia tu... kita bukan buat ape-ape pun...kita cuma usik-usik bini dia je..! Takut ape...kita ramai. Berani la sound kita....siaplah kena belasah...!



Note: Jangan jadi lelaki macam mereka. Respect awek orang...bini orang, beb. Perempuan bukan objek seks untuk direbut-rebutkan !!

macam ni ke perangai lelaki ?


Lelaki 1: Wei..boring betul hari ni..
Lelaki 2: Boring..boring..dah 18 kali kau cakap benda tu. Apa pasal kau tak keluar je dengan awek kau si Jun tu...lainla macam aku..bujang lagi...awek pun takde.
Lelaki 1: Habis...budak perempuan course bisnes yang kau ‘usha’ hari-hari tu apa...bukan awek kau ke ?
Lelaki 2: Well...budak tu cun beb..seronok jugak ‘bercumbu-cumbuan’ dengan dia.
Lelaki 1: Tak serius ?
Lelaki 2: Serius ni susah nak cakap la...perempuan tu memang lawa gile...aku rasa kau pun tak boleh tahan.
Lelaki 1: Kau ni kan..kau ni kan...memang jahanam betul la. Kesian budak tu. Aku tengok budak tu dah kemaruk gile dengan kau. Tiap hari kau ayat dia...kau ajak dia keluar..lepas tu kau tak serius pulak.
Lelaki 2:Eleh....kau pun 2x5 jugak...jangan nak mengata aku. Jun tu kau simpan...tapi kau layan awek junior kolej kita hari tu apa...apa?
Lelaki 1: He..he..itu lain...aku tak mula dulu ye...budak perempuan tu yang angau kat aku..nak berkenalan dengan aku...takkan aku tak layan...tak baik.
Lelaki 2: Kalau awek kau tau macam mana ? Tak ke jelous dia ?
Lelaki 1: Hei...pandai-pandai la beb...cover line..jangan la sampai awek kita tau.
Lelaki 2: Cun ke ?
Lelaki 1: Boleh tahan...comel...kulit putih gebu siot..
Lelaki 2: Kau serius ?
Lelaki 1: Kau tanya aku pulak. Habis..si Jun tu aku nak letak kat mana ? Macam tak biasa pulak main ‘spare part’ ni.Kalau tak sekarang bila lagi...?
Lelaki 2: Bijak...bijak..kalu dah kahwin kena simpan satu tu je la...he..he..
Lelaki 1: Awek...awek cun siot..!
Lelaki 2: Mana?
Lelaki 1: Tu...kat depan tu...
Lelaki 2: Fuiyooo...memang lawa...slow....slow sikit kereta...
Lelaki 2: Hai....! (sambil melambai tangan)
Lelaki 1: Hai....seorang je ? Kawan mana ? Nak tumpang ? Jomla naik...
(perempuan itu membisu tanpa response)
Lelaki 2: Adik kolej mana ? Marilah naik abang hantarkan...
(perempuan itu membisu tanpa response)
Lelaki 1: Janganla jual mahal sangat....nanti jadi anak dara tua..

(dalam hati)

Perempuan 1: Lelaki miang....!! Kitorang dah ada yang punya la. Ingat ada kereta, kita terpikat la tu....Semua perempuan dia nak layan...!!
Lelaki 2: Ish....rugi siot...lawa betul...dapat jadi awek aku best tu.
Lelaki 1: Hmm....body shape pun bergetah...
Lelaki 2: Ha...ha...kau ni kan...kau ni kan...memang sama jahanam...miang betul..!!
Lelaki 1: Biasala beb...masa muda ni la nak ‘usha’ nak ‘adjust’ seramai awek cun yang mungkin. Kahwin biar satu, spare part biar banyak...

(turun dari kereta)
(mereka terserempak seorang gadis sedang berjoging di taman seorang diri )

Lelaki 1: Piwiiiiitt..!
(perempuan itu tidak mengendahkan)
Lelaki 2: Piwiiittt..! Wo ho....body mengancam siott..!
(perempuan itu merasa tidak selesa)
Lelaki 1: Fuiishh....punggung montok siott...buah dada...
Lelaki 2: Dapat usha jadi spare part ngam ni....kau nak try ?
Lelaki 1: Hmm...ni lagi lawa dari awek yang kita nampak tadi.

(perempuan itu berlari ke luar taman)

Lelaki 2: Try la...try la kejar dia...mana tau boleh dapat.
Lelaki 1: Kalau dapat awek mahal ni...kongsi berbaloiii...

(berlari mengejar dan berdiri berhampiran pagar)

Lelaki 2: Hai....! (sambil melambai) Berjoging ye ? Kami join boleh? (sambil mata men ‘scan’ tubuh gadis itu dari bawah ke atas)

(perempuan itu memandang jelingan si lelaki 2, tetapi dengan penuh rasa menyampah...entah kenapa)

Perempuan 2: Bencinya....lelaki gatal !!! Memang tak pernah puas dengan seorang perempuan. Semua perempuan cantik dia nak kebas !! Gila seks...eeii...!!

Sunday

otak ada pakaila...

Apa yang anda fikirkan terhadap seseorang akan menentukan bagaimana anda akan melayannya pada masa seterusnya. Bagaimana anda menganggap seseorang di hadapan anda akan menentukan baik buruk tingkahlaku anda terhadapnya nanti. Persepsi awal anda mengenai seseorang menentukan cara anda bersikap terhadapnya.

Anda setuju ?

Ada orang menganggap seseorang sebagai ‘orang’ dan ada juga yang menganggap seseorang itu sebagai ‘bukan orang’ sama seperti tunggul yang tidak berperasaan atau kertas yang boleh dipijak-pijak.

Dapat anda bayangkannya ?

Kemudian, adakah anda kenal dengan individu-individu di bawah ?

  1. Senior yang tidak merasa bersalah membuli juniornya atas alasan tradisi dan membina silaturahim.
  2. Pelajar lelaki yang sengaja mencari gaduh sesama lain demi menunjuk kekuasaan dan kekuatan.
  3. Perompak yang memecah masuk rumah orang dan mencuri barang-barang berharga demi kesenangan dirinya sendiri.
  4. Lelaki yang tidak merasa bersalah menggoda dan menganggu perempuan milik lelaki lain.
  5. Lelaki yang mengugut seorang gadis yang pulang dari sekolah dan diculik untuk dirogol.
  6. Lelaki yang memperdaya seorang perempuan dengan kata-kata manis dan membawanya pulang untuk dirogol beramai-ramai bersama rakan-rakannya.

Pesoalan penulis:

“Apakah yang bermain di fikiran mereka selama ini ?”

“Mereka menganggap orang lain sebagai apa ?”

Anda fikikan-fikirkan

Lakukan sesuatu tentangnya.

Buruk Perangai...!

Note:Sebelum membaca post ini, penulis ingin mengingatkan bahawa sesiapa yang jujur dan tidak membuat apa-apa silap, dia tidak perlu terasa. Siapa yang makan cili, hanya dia yang akan rasa pedas !!Kadang-kadang bila kita cakap baik-baik, segelintir manusia tidak mahu mendengar kata….degil...malah terus dengan egonya yang tidak bertempat. Jadi kena tegur ‘straight-forward’ sikit...tegur cara pedas !! Minta maaf...sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar dan pedas !! Walapun pedasss...ia ada mesej yang tersembunyi. Ambil iktibar.

Brader Penjual Air :

“ Boleh tak kau jangan hipokrit ! Dengan lelaki, kau pilih bulu ha..mana kroni-kroni kau, kau layan ok, mana yang kau tak suka kau tarik muka gangster..tarik muka masam ha…Keje setakat penjual air je…lagak macam abang askar la konon. Amboi-amboi, bila nampak customer pompuan yang datang, lebih-lebih lagi yang comel-comel...yang cun-cun.. dari jauh boleh tersenyum tuu…muka boleh jadi manis…pandai pulak bergurau-senda pulak tuu...Takde pulak muka gangster tadi…sekarang tukar muka tapir pulak...Lagi satu…boleh tak kau jangan kacau awek orang yang lalu belakang gerai kau...basuh pinggan sudahla…janganla pegi buat lawak lucah pulak kat awek yang lalu...kau ada otak tak ?

Staf-staf Hospital :

“Kalau kerje pembantu hospital je…setakat jaga kaunter je...jangan berlagak macam doktor pulak. Kalau ada pesakit yang tak tahu tu bertanya soalan,..jawablah pertanyaan diorang elok-elok…dengan sopan. Kau tahu tak apa tu sopan ? Sekolah tak dulu ? Lagak korang pun kadang-kadang macam brader-brader jual air tadi…bila awek pompuan comel-comel datang…boleh pulak kau layan bagus. Senyum mengalahkan tapir. Ego korang tu tak kena tempat la. Lagipun tak kisah kerje ape pun kena merendah diri kan ?

Kerani Bank :

“Kalau ada customer yang blur…dioarang bertanya soalan…jawablah dengan sopan. Yang kau pergi marah diorang apasal ? Sebab tak tahula diorang bertanya. Kalau diorang tahu, takla diorang tanya. Customer kau boleh buat macam kuli je…mana pergi piagam bisnes kau ?

Brader Penjual Pasar Malam:

“Kau ni penjual keropok lekor je kan...jual burger je kan…kenapa lagak kau macam abang askar pulak…buat muka ganster pulak dengan customer tertentu. Semua customer yang datang tu nak kasi kau rezeki…layanla diorang dengan adil dan mesra. Bila aku nak datang beli…4 kali aku mintak kat kau (Beli keropok ni RM1..)…kau sengaja buat muka blur ye…kau pandang aku macam tak kenal aku ni customer. Tapi….kemudian bila ada awek-awek datang…boleh pulak kau dengar...ingatkan pekak ! Dari duduk, boleh terus bangun tu bila nampak awek….ingatkan ada buasir tadi !

Driver / Konduktor Bus:

“Bila aku pegi Penang…apa yang aku nampak, ada ramai driver bus kurang ajar. Muka dahla ganas…perangai pun ganas semacam jugak. Macam gangster je ,aku tengok. Bukan nak mengutuk tapi sememangnya penampilan dan sikap diorang ni kasar semacam…cakap pun kasar..mencarut..memaki hamun…tak mesra pelanggan langsung . Macam ni ke bisnes Melayu ?