Keratan di atas diambil dari sebuah akhbar tempatan dan dipaparkan di sini untuk renungan insan-insan yang bergelar lelaki.
Lihat gambar tersebut dengan serius dan penuh perasaan. Cuba bayangkan bagaimana jika ibu anda, kakak anda, awek anda atau isteri anda dicabul atau dirogol oleh sekumpulan lelaki seperti di dalam video clip itu.
Gadis itu merayu “Nak balik…nak balik..” tapi tak dipedulikan oleh lelaki-lelaki itu. Gadis merayu lagi “Tak nak…tak nak…” tetapi lelaki-lelaki itu terus rakus meraba tubuh gadis itu dan merakamnya dengan telefon bimbit.
Apakah perasaan anda ? Jawablah dengan ikhlas.
Barang seseiapa yang tidak sedikit pun merasa kasihan dan simpati di atas apa yang dilakukan terhadap gadis Melayu bertudung itu, maka mereka adalah BINATANG .
Kemudian, barang sesiapa yang merasa seronok dan ketawa melihat gambar gadis itu dicabul dan dirogol , maka mereka adalah adik-beradik SYAITAN yang sepatutnya tinggal di neraka dan bukannya di muka bumi ini.
Lelaki-lelaki di dalam clip video itu layak dikutuk…perbuatan mereka layak dikutuk…kerana mereka bukannya MANUSIA lagi di saat mereka melakukan cabul terhadap gadis teraniaya itu,. Hanya jasad mereka sahaja adalah manusia, tetapi HATI dan NAFSU mereka adalah BINATANG. Kalau diikutkan hati yang marah, rasa hendak dipatahkan sahaja kedua-dua belah tangan mereka masing-masing.
Hanya lelaki-lelaki yang baik akan menghormati perempuan dan melayan perempuan dengan rasa tanggungjawab. Manakala, ‘lelaki-lelaki yang buruk perangai’ pula hanya akan menganggap seseorang perempuan seperti ‘barang mainan’ serta mendekati dan melayan seseorang perempuan kerana didorong keseronokan nafsu semata-mata. (kerana seseorang perempuan itu bermuka lawa, bertubuh cantik, comel, sexy, menggoda).
Sebenarnya, seseorang perempuan boleh mengenalpasti samaada seseorang lelaki itu boleh dipercayai atau tidak, samaada lelaki itu serius dan ingin bertanggungjawab terhadap perempuan atau sekadar ingin bermain-main dan bersoronok dengan perempuan.
Semuanya bergantung kepada apakah persepsi atau tanggapan pertama lelaki seseorang lelaki terhadap perempuan tersebut. Samaada sebagai perempuan yang mempunyai maruah dan perasaan atau ‘barang mainan’ nafsu yang boleh diambil dan diperlakukan sesuka hati.
Lelaki–lelaki buruk perangai @lelaki-lelaki yang tidak boleh dipercayai ini akan menunjukkan beberapa symptom tingkahlaku yang boleh dilihat dengan jelas sekiranya dipantau dengan teliti. Lihat sahaja di persekitaran anda. Antaranya adalah;
- Bila ternampak perempuan cantik berselisih di hadapannya, dia sanggup memusingkan kepala tengkoknya 360 darjah demi melihat kecantikan perempuan itu sehingga puas. (Lelaki baik pandang sekali sahaja, takkan toleh-toleh)
- Bila ternampak perempuan cantik di hadapannya, dia sanggup merenung wajah perempuan itu dengan begitu lama sehingga nafsunya puas. (Lelaki baik pandang perempuan sepintas lalu sahaja)
- Bila ternampak perempuan cantik, dia akan bersiul “Pwiiit” dengan kuat. (Lelaki baik hanya akan diam sahaja)
- Bila berselisih dengan perempuan cantik, dia berani memuji kecantikan perempuan itu secara direct. (Lelaki baik hanya akan memuji di dalam hati)
- Bila ternampak perempuan cantik, dia akan beriuh-rendah bersama rakan-rakannya dan kemudian berbual-bual kotor serta berlawak lucah mengenai perempuan itu.
- Bila ternampak perempuan cantik, dia akan mengajak rakan-rakannya sama-sama mengurat dan bermanja-manja dengan perempuan itu.
- Bila ternampak perempuan cantik yang belum tentu dikenali , tanpa segan silu,tanpa memikirkan perasaan malu perempuan itu, dia mempelawa perempuan itu menaiki motor atau keretanya.
- Bila ternampak perempuan cantik, dia pandang perempuan itu dari hujung rambut ke hujung kaki dengan ekor mata yang tajam ‘pandangan yang mengancam’
- Bila ternampak perempuan cantik, dia masih berani mengurat walapun perempuan itu ternyata awek atau isteri orang.
Lelaki-lelaki yang mempunyai satu atau lebih symptom di atas menunjukkan bahawa mereka berkemungkinan besar adalah lelaki-lelaki yang ‘sakit jiwa’ dalam erti kata ‘kaki perempuan’. Mereka adalah jenis lelaki yang tidak pernah puas dengan kecantikan perempuan dan jika boleh mahu memiliki semua perempuan cantik di dunia. Lelaki-lelaki yang memiliki ciri-ciri sedemikianlah yang berkemungkinan besar tidak menghormati seseorang perempuan sehingga ke tahap sanggup mencabul, merogol dan mencemarkan maruah perempuan itu.Tidak percaya ?
Ini bukannya tuduhan melulu, tetapi analysis tingkahlaku.
Kebanyakan pencabul dan perogol secara asasnya mempunyai sikap sedemikian terhadap perempuan.
Malangnya, masih ada segelintir perempuan yang mudah terpedaya dengan lelaki-lelaki sedemikian.Kasihan.
Nasihat Buat Wanita:
Berhati-hatilah memilih kawan lelaki. Berhati-hatilah ketika berkenalan dengan seseorang lelaki. Berhati-hatilah dengan pelawaan dan kata-kata pujian dan pujuk rayu
dari seseorang lelaki yang anda ragui.
Lelaki-lelaki yang benar-benar ingin melindungi,menyayangi dan bertanggungjawab terhadap seseorang perempuan tidak akan pernah terburu-buru untuk mendapatkan diri perempuan
tersebut, dia sanggup menunggu biar 10 tahun sekalipun. Dia tidak akan terburu-buru untuk dilayan. Maka, dia akan berkawan dengan baik , ikhlas dan
jujur
terlebih dahulu sebelum
perempuan itu membukakan pintu hatinya. Dia tidak akan sesekali memaksa dan mendesak Dia tidak akan sesekali meminta lebih dari apa yang sudi diberikan oleh perempuan itu. Dia akan menghormati setiap keputusan, perasaan dan pantang-larang dari perempuan itu. Jika perempuan itu berkata ‘tidak’, maka ‘tidak’ lah jawapannya. Dia tidak akan taksub terhadap perempuan itu jika perempuan itu telah telah menolak cintanya.
Oleh itu, lelaki-lelaki yang terlalu cepat dan terburu-buru menjuruskan dirinya ke arah kemesraan, intimasi atau ‘niat seksual’ ketika ingin menghampiri seseorang perempuan adalah ‘lelaki yang buruk perangai’.